Thursday, March 4, 2010

LAWATAN KE PECIPTA (PERSIDANGAN DAN EKSPO CIPTAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ANTARABANGSA)


LAWATAN KE PECIPTA (PERSIDANGAN DAN EKSPO CIPTAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ANTARABANGSA)
DI PUSAT PERSIDANGAN KUALA LUMPUR


1. Latar belakang program

PECIPTA (PERSIDANGAN DAN EKSPO CIPTAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ANTARABANGSA) 2009 adalah merupakan satu program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universti Malaya. Program ini diadakan dengan tujuan untuk mempamerkan produk serta inovasi yang telah dihasilkan melalui penyelidikan oleh Institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.


2. Objektif program

Memberi peluang kepada pelajar-pelajar menyaksikan hasil-hasil penyelidikan
yang bermutu tinggi daripada institusi-institusi pengajian tinggi.
Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah keunikan sains dan teknologi
Memberi peluang kepada pelajar-pelajar berinteraksi secara langsung dengan para penyelidik dari pelbagai bidang
Membantu pelajar menjana idea tentang penyelidikan yang boleh mereka jalankan diperingkat sekolah.
Menghasilkan satu penyelidikan yang bermutu tinggi dengan kerjasama salah sebuah institusi pengajian tinggi yang boleh dipertandingkan di peringkat kebangsaan


3. Rasional / justifikasi program

1. Menanam minat untuk menjalankan penyelidikan terutama berkaitan bidang Sains
2. Membantu pelajar mempelajari cara-cara untuk menerangkan sesuatu penyelidikan kepada umum.
3. Membe kesedaran kepada pelajar bahawa pelbagai bentuk penyelidikan boleh dijalankan , tidak terhad kepad apa yang dipelajari di sekolah sahaja



4. Tarikh Program :

08 Oktober 2009




5. Tempat program :

Pusat Persidangan Kuala Lumpur



6. Senarai guru pengiring

(a) Cik Norazlina Bte Senin – Ketua rombongan
(b) Pn. Norhayati Mohd Nor
(c) Cik Siti Munera Haron


7. Senarai Peserta

Rujuk lampiran


8. Jadual program / aktiviti

8.15 pagi : Bertolak daripada sekolah
9:45 pagi : Berhenti rehat di R & R Seremban
11:00 pagi : Lawatan ke tapak pameran
3:00 tengahari : Acara bebas
5:30 petang : Bertolak pulang ke sekolah
6:45 petang : Berhenti rehat dan solat di R & R Seremban
8:35 malam : Sampai di sekolah



9. Kos / Peruntukan

1. Sewa bas - RM900


10. Pelaksanaan program

1. Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada 18 kumpulan
2. Setiap kumpulan diminta untuk memilih satu hasil penyelidikan yang berjaya menarik minat mereka.
3. Setiap kumpulan menulis laoran berkenaan hasil penyelidikan yang dipilih menggunakan format laporan yang diberi (rujuk lampiran)
4. Laporan yang lengkap diserahkan kepada Cik Norazlina Bte Senin.
5. Perbincangan dijalankan untuk memilih hasil penyelidikan yang boleh di modifikasikan agar bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar dan seterusnya dilaksanakan diperingkat sekolah.







11. Refleksi/impak keseluruhan program

Pelajar-pelajar mendapat banyak manafaat dan idea berkaitan bidang penyelidikan daripada program lawatan ini .

PERTANDINGAN PERSEMBAHAN SAINS (HANDS-ON ACTIVITY)

PERTANDINGAN PERSEMBAHAN SAINS (HANDS-ON ACTIVITY)


1. Latar belakang program

Matlamat utama pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap pelbagai konsep sains dan teknologi. Pertandingan ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 4. Ianya merupakan persembahan eksperimen yang mudah dan berbentuk interaktif.


2. Objektif program

Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah keunikan sains dan teknologi
Memberi kesedaran terutama kepada generasi muda tentang sains dan teknologi dan cara paling berkesan menyampaikan sesuatu konsep sains dan teknologi kepada awam.
Memilih pasukan sekolah untuk Pertandingan Persembahan Sains anjuran Petrosains peringkat negeri yang akan diadakan pada 3 /8 / 2009.


3. Rasional / justifikasi program

1. Memberi peluang kepada pelajar berinteraksi dalam mempersembahkan eksperimen mereka.
2. Menanam sifat keyakinan yang tinggi dalam berhadapan dengan orang ramai terutama sekali sewaktu persembahan.
3. Membantu pelajar menghubungkaitkan apa yang dipelajari secara teori dalam bentuk amali
4. Memberi peluang kepada pelajar berfikiran kreatif dan kritis



5. Tarikh Program :

23 June 2009




5. Tempat program :

Dewan Besar Sekolah



6. Senarai jawatankuasa

(a) Cik Ho Phuay Sin – penyelaras program
(b) En. Ismail b Mohamad
(c) Pn. Suriyati Bt Yusoff
(d) Cik Hjh Rokiah Hj Othman
(e) Pn. Norhayati Mohd Nor


7. Senarai Peserta

Rujuk lampiran


8. Jadual program / aktiviti

3.15 : Pendaftaran
3.30 : Persembahan pelajar daripada setiap kumpulan.
5.00 : Program tamat


9. Pelaksanaan program

1. Setiap kelas perlu menghantar sekurang kurangnya satu kumpulan yang terdiri daripada 3 orang pelajar.
2. Setiap kumpulan mempersembahkan satu eksperimen sains dalam masa 20 minit dalam bahasa Inggeris.
3. Pelajar yang terlibat perlu menyediakan skrip dan diserahkan kepada guru penilai semasa hari pertandingan
4. Para penonton di beri peluang mengambil bahagian secara aktif semasa satu-satu eksperimen dijalankan.
5. Penilaian dijalankan oleh dua orang guru.
6. Persembahan pelajar telah dinilai melalui beberapa aspek seperti:-

a) Penggunaan suara dan pergerakan tubuh badan yang berkesan
b) Pengguanaan unsur-unsur kecindanan
c) Bekerjasama baik dengan penonton
d) Berpengetahuan dan mampu mempersembahkan eksperimen dengan cara yang menarik
e) Sentiasa membuatkan penonton tertanya-tanya akan keputusan eksperimen
f) Membuat persediaan yang rapi
g) Penggunaan alatan dengan berkesan
h) Berpakaian kemas







6. Kriteria pemarkahan:-

Criteria

Marks
Script
10
Performance
25
Fluency & Delivery of Language
15
Science Concept
40
Props & Special Effects
10
OVERALL MARK
100










10. Keputusan

Tempat ke 3: Omega Rockets 4 Omega
1. Irshad Abdul Aziz
2. Muhammad Naqiuddin B Kassim
3. Mohamad Alif Abdul Mutalib

Tempat ke 2 : Science Magicians 4 Beta
1. Diana George
2. Thulaja Thessa
3. Girinivaskini Gayathi

Johan : Sigma 4 sigma
1. Muhamad Ridzwan Bin Salehudin
2. A. Amudhan a/l Arumugam
3. Hannan Athari Bin Hassan

Peserta terbaik ialah Mohd Syarafi Zulkiflee –tingkatan 4 Teta


11. Refleksi/impak keseluruhan program

Peserta membuat persediaan eksperimen dengan begitu baik dan memberikan persembahan yang terbaik semasa pertandingan. Pelajar yang lain bertindak sebagai penonton yang banyak memberikan respons yang positif terhadap persembahan rakan mereka.

KURSUS PENGENALAN R & D




KURSUS PENGENALAN R & D


1. Latar belakang program

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang R & D adalah penting untuk didedahkan kepada pelajar-pelajar sebagai menyahut seruan kerajaan dalam merealisasikan visi 2020. Sehubungan dengan itu, aktiviti-aktiviti berbentuk pertandingan sains seperti Pertandingan Sains peringkat Kebangsaan telah diperkenalkan dengan meluas untuk membantu negara mencapai visi 2020

2. Objektif program

(a) Untuk menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan yang berkaitan sains diperingkat kebangsaan
(b) Untuk mendidik dan mendedahkan pelajar bagaimana menjalankan kajian sains.
(c) Untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan informasi terkini berkaitan kajian dan pembangunan (R & D)
(d) Untuk mempertingkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran sains secara berkomunikasi dengan penyelidik-penyelidik yang berpengalaman melalui ceramah dan aktiviti praktikal (hands-on activities.)
(e) Untuk memberi peluang kepada pelajar berinteraksi dengan penyelidik dan saintis yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang R & D.

3. Rasional / justifikasi program

(a) Melalui kerjasama dengan oihak Akademi Sains Malaysia, program ini diharapkan dapat membuktikan pentingnya pendedahan dan pendidikan R & D kepada pelajar-pelajar dari sejak dibangku persekolahan
(b) Dengan bantuan rangkaian para penyelidik dan saintis yang didatangkan oleh Akademi Sains Malaysia, program ini dapat membantu memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya pengetahuan dalam bidang R & D .

4. Tarikh Program :

27 & 28 February 2009

5. Tempat program :

MITC Ancasa Hotel, Ayer Keroh, Melaka







6. Senarai jawatankuasa

(a) Pn. Suriyati Yusoff
(b) Setiausaha: Pn. Norfaezah Khalid
(c) AJK : Cik Hjh Rokiah Hj Othman
Pn. Norhayati Md Nor
Pn. Erney Watie Zailani
Cik NorAzlina Senin
En. Abdul Jalil Maayasin


7. Senarai guru/jurulatih

(a) Professor Dr Wong Eng Kiong, MMU lecturer (Electronic Engineering)
(b) Professor Dr Ho Chee Cheong FASc, ASM
(c) Professor Dr Helen Nair FASc, ASM
(d) Prof Dr Khalijah Mohd Salleh FASc, ASM
(e) Dr Shukri Ab Wahab, ASM, Executive Director of the Academy Science


Pelaksanaan program

(a) Hari pertama dipenuhi dengan aktiviti ceramah: 5 ceramah

(b) Hari kedua:
- Ceramah daripada Dr Shukri
- Pelajar dibahagi kepada kumpulan
- Brainstorming idea projek
- Pembentangan kumpulan mengenai projek dan penilaian daripada Dr Shukri

Bengkel pemasangan LED




LED display merupakan satu media pengiklanan yang semakin popular dan diminati oleh golongan pengiklan yang meliputi syarikat-syarikat dan agensi –agensi kerajaan. LED display adalah singkatan kepada Low Circuit Electronic Display di mana ia merupakan perisian model elektronik yang mampu memaparkan pengumuman dan pelbagai perkara yang ingin dimaklumkan kepada pengguna yang melihat papan kenyataan media elektronik yang disediakan.
1. OBJEKTIF PROGRAM
( i ) Memberi pengenalan teknologi LED kepada para pelajar terpilih.
(ii ) Memperkenalkan methodologi R & D bagi teknologi media elektronik.
(iii) Memberi pengenalan asas elektronik dan kemediaan paparan.
(iv) Dapat menghasilkan produk naik taraf dari R & D yang dijalankan.

2. Rasional / Justifikasi Program

Projek LED display Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah adalah kesinambungan kepada pengklusteran sekolah di bawah bidang K-Teroka. Projek ini bertujuan untuk menghasilkan inovasi dan rekacipta di bawah penjenamaan iMozac bagi melatih dan mendidik para pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah agar menjadi pelajar yang kreatif dan kritis di dalam membangunkan kesinambungan ciptaan baru atau menaik taraf sesuatu peralatan teknologi.
4. TARIKH PROGRAM
14 & 15 November 2009
(8.30 – 12.30 tgh)

5. Tempat Program :

Makmal Fizik

6. Senarai Jawatankuasa

Setiausaha : Pn. Hamidah Bt Hassan
AJK : Pn. Suriyati Bt Yusof
CIK Hajah Rokiah BT Othman
Cik Ho Phuay Sin
Cik Emy Mastura Binti Zulkifli
En. Al-Azhar Bin Dollah

Pelaksanaan Program

(a) Program dilaksanakan secara hands-on aktiviti.
(b) Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan.

Keputusan / Pencapaian

Hari pertama bengkel dijalankan tidak berjalan lancar kerana peralatan yang sepatutnya digunakan tidak dapat diadakan kerana kesilapan pihak Ramadhan Consultant. Peralatan tahun lalu yang terdapat di makmal fizik diguna semula tetapi komponennya tidak bersesuaian menyebabkan kebanyakkan litar tidak berjaya dihidupkan.

Hari kedua bengkel yang dijadualkan pada 15 November 2009 ditangguhkan ke hari Selasa 17 November 2009 kerana masalah peralatan yang disebutkan diatas. Pada hari kedua bengkel hanya 3 set LED display yang diberikan kepada peserta menyebabkan kumpulan perbengkelan terpaksa bergabung menyebabkan aktiviti hands on kurang menarik ditambah pula dengan ketiadaan laptop untuk membuat rujukan kepada manual LED display berbentuk CD. Pelajar terpaksa menggunakan kaedah cuba jaya untuk setting LED display.

Refleksi / Impak Keseluruhan Program

Pelajar mempertikaikan kaitan antara teori logic gate yang dipelajari dengan membuat setting pada LED display yang menggunakan remote sahaja. Pelajar kurang memahami teorinya tetapi menunjukkan minat dalam hands on bahan elektronik..

BENGKEL DAN AMALI PEMULIHARAAN TANAH











BENGKEL DAN AMALI PEMULIHARAAN TANAH


1. Latar belakang program

Bengkel ini diadakan untuk mendedahkan guru dan pelajar kepada kaedah yang berkesan dalam membantu pemuliharaan tanah melalui penggunaan kompos untuk menghasilkan tanaman yang bermutu tinggi . Ini adalah untuk membolehkan aktiviti bumi hijau serta penanaman tumbuhan herba diperingkat sekolah dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih berkesan. Selain daripada itu, sesi praktikal yang diadakan akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari dalam matapelajaran kemahiran hidup.


2. Objektif Program

a. Mendedahkan pelajar kepada apa itu kompos dan kegunaanya
b. Mendedahkan pelajar ciri-ciri kompos yang berkualiti
c. Mendedahkan pelajar berkenaan EM dan kegunaannya dalam penghasilan kompos
d. Menjalankan sesi praktikal dalam menghasilkan kompos



3. Rasional / justifikasi program

Salah satu cabang Sains yang perlu didedahkan kepada pelajar ialah bidang pertanian untuk membolehkan pelajar mempunyai skop yang lebih luas dalam menjalankan kajian Sains mereka. Sehubungan dengan itu, satu bengkel berkaitan kaedah pemulliharaan tanah akan diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar berkaitan pertanian sebelum mereka bergerak lebih jauh dalam bidang ini.


4. Tarikh Program :

7 November 2009


5. Tempat program :

Bilik APD Sek. Men. Sains Muzaffar Syah, Ayer Keroh.






6. Senarai jawatankuasa

SENARAI JAWATANKUASA

Setiauasaha : Pn.Norhayati Bte Mohamed Nor
AJK: Cik Rachel Easaw
Pn.Hamidah Bte Hassan
Pn.Zulindawati Bte Mohd Jais
Pn. Lee Chay Yin
Pn.Norsina Suria Bte Mohd Nazar
En.Jelani Bin Marjono
En.Muhammad Bin Md Sood
En.Bistamam Bin Talib
En.Sazali Bin Rohani
En.Sulaiman Bin Adan



7. Senarai guru/jurulatih

Encik Lye Kuey Chye , Unit Hortikultur, Jabatan Pertanian Melaka

BENGKEL PENULISAN JURNAL k-TEROKA

Kebitaraan (niche) kluster yang paling utama bagi Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah ialah Pembangunan dan Penyelidikan (R & D) atau lebih dikenali sebagai k-Teroka. Melalui kebitaraan R &D, pelajar digalakkan untuk menceburi bidang penyelidikan terutama berkaitan Sains. Selain daripada meneroka ilmu sains dengan lebih mendalam melalui penyelidikan yang dijalankan, mereka juga perlu didedahkan kepada bidang penulisan untuk membantu mereka menghasilkan mini tesis atau jurnal berkaitan penyelidikan yang telah dijalankan. Oleh itu, kursus penulisan yang komprehensif perlu didedahkan kepada semua pelajar agar mereka mempunyai pengetahuan tentang kaedah penulisan yang sistematik.


1. LATAR BELAKANG


Bengkel ini diadakan untuk mendedahkan guru dan pelajar kepada kaedah penulisan dan penerbitan journal Sains. Semua pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada menulis yang dilaksanakan dalam semua mata pelajaran di sekolah tetapi mereka tidak memperoleh daripada individu yang mempunyai kemahiran dan profesionalisme dalam bidang penulisan jurnal yang sebenar. Oleh itu, maklumat daripada individu yang “hands-on” dalam bidang ini akan membolehkan pelajar mendalami bidang penulisan dan mengetahui kaedah atau methodologi penulisan ilmiah.


2. OBJEKTIF


(a) Mendedahkan pelajar kepada cara penulisan yang sistematik.
(b) Mendedahkan pelajar kepada cara penerbitan journal .
(c) Menanam minat suka menulis kepada pelajar supaya dapat mendokumentasikan semua bahan kajian dan penyelidikan mereka daripada masa ke masa.

3. TEMPAT PROGRAM

Bilik APD Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka


4. KUMPULAN SASARAN

3 orang guru

43 orang pelajar


5. TARIKH PERLAKSANAAN

10 Oktober 2009
6. TEMPOH MASA

2 jam 30 minit (8:00 – 10:30 malam)


7. TENAGA PENGAJAR

Prof Madya Dr. Hanipah Hussin, Penyelaras Penyelidikan dan Perundingan, Pusat
Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (Utem)


8. PERLAKSANAAN

Pelajar akan didedahkan kepada cara penulisan abstrak. Kemudian, meraka akan diberi penerangan cara –cara penulisan setiap bahagian utama sesebuah

PROGRAM KEM SAINS TING 2 TAHUN 2009





1. Latar belakang Program

Kem ini telah dianjurkan dibawah program K- teroka berfokuskan pelajar tingkatan dua.Ianya merupakan satu langkah untuk memupuk budaya penyelidikan serta memberi pendedahan awal serta peluang melibatkan diri secara tidak langsung dalam bidang sains.

2. Objektif Program

(a) Memberi pendedahan luar kepada pelajar tentang penyelidikan berkaitan.
(b) Menanam rasa minat pelajar terhadap bidang rekacipta serta jati diri.
(c) Memberi peluang kepada pelajar menjalani aktiviti secara lebih berkesan dengan bantuan penceramah serta guru yang berpengalaman.
(d) Menimba ilmu pengetahuan sains Islam

2. Rasional / justifikasi program

Melalui aktiviti hands on,pelajar dapat mencungkil bakat serta kreativiti menghasilkan sesuatu yang dapat menguji minda seterusnya mengalakkan pelajar dalam bidang rekacipta. Rasionalnya ia merupakan kesinambungan kepada pengklusteran R&D sekolah.


3. Tarikh Program :

14 dan 15 Oktober 2009


4. Tempat program :

14 Oktober – Tapak Perkhemahan Hutan Rekreasi Ayer Keroh - Taman Botanikal
15 Oktober – Zoo Melaka




PERSEMBAHAN TERBAIK
THE BLUES
REKABENTUK
CYBERKIDS
PORTABLE (KEBOLEHFUNGSIAN)
BLACK IN WHITE
KESELURUHAN
CYBERKIDS






JAWATANKUASA KEBITARAAN SEKOLAH TERKINI 2009

JAWATANKUASA KEBITARAAN SEKOLAH TERKINI 2009

BIL.
NAMA GURU
k- Teroka

BAHARUDDIN BIN BURHAN
PENGERUSI

MD. ISA BIN JANI
NAIB PENGERUSI

SURIYATI BT YUSOFF
PENYELARAS

NORHAYATI MOHAMED NOR
SETIAUSAHA

ABDUL JALIL BIN MAYASIN


AZALI @ SAZALI BIN ROHANI


BISTAMAM BIN TALIB


HAFIZA BINTI ZAINAL ABIDIN


HANITA BINTI RAHIM


HAWA NAQIAH BINTI MAKMOR


ALMARJAN BINTI MUSA


ISMAIL BIN MOHAMAD


JOHAN BIN OTHMAN


MUHAMAD BIN MAT SOOD


ERNEY WATI BINTI ZAILANI


RACHEL EASAW


ROKIAH BINTI OTHMAN


SHAHRIL SARDI BIN SAARI


SULAIMAN BIN ADAN


WAHIDA BINTI SAUL HAMID


MOHD FIRDAUS BIN MADON


NORAZLINA BINTI SENIN


HAMIDAH BINTI HASSAN


SITI NURAZMIRA BINTI YUSOFF


HO PHUAY SIN


LEE CHAY YIN


LEE HONG CHIN


MOHD FAUZI BIN MOKHTAR


NORLIYEN BINTI AHMAD


AHMAD RIZAL BIN AZIZ


AL-AZHAR BIN ABDUL AZIZ


JELANI BIN ABU BAKAR


KAMARUDIN BIN KATON


MANISAH BINTI SULAIMAN


AZAMAN BIN ABDuL


NORHASBEE BIN MOHD NOOR


ZULINDAWATI BINTI MOHD. JAIS


NOR SINAR SURIA BINTI NAZHAR

PROGRAM EXPLORACE SCIENCE 2008







1. Latar Belakang Program
Science Explorace’ ialah satu aktiviti di mana pelajar berlumba menyelesaikan satu tugasan ke tugasan yang lain. Ada 10 aktiviti atau tugasan yang perlu anda selesaikan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap ’R & D’ subjek sains dan matematik.

2. Objektif program
(a) Melukis dan melabel rajah secara saintifik
(b) Kaedah membuat nota sains dengan mudah secara Peta Minda
(c) Mengumpulkan maklumat dan mendokumentasikan dalam bentuk yang sesuai untuk dipamerkan di papan kenyataan panitia sains dan matematik
(d) Memahami konsep fizik dalam pelancaran roket, membina roket kertas dan telur kebal.
(e) Menyelesaikan masalah matematik
(f) Melakukan eksperimen mudah
(g) Menggunakan pengurusan strategik dan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah tugasan sepanjang aktiviti.
(h) Mengasah bakat dalam bidang menulis lirik sains dan puisi sains

3. Rasional / Justifikasi Program
Kebanyakan pelajar merasa bosan dengan sains yang diajar di dalam makmal. Jadi program explorace science ini bertujuan untuk menjadikan sains satu subjek yang sangat menarik dengan penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti yang lain daripada apa yang dipelajari di makmal.

4. Tarikh Program
15 Julai – 14 Ogos 2008

5. Tempat Program
Sekitar kawasan sekolah

Wednesday, March 3, 2010

BENGKEL “BRAINSTORMING PROJECT”
















Kebitaraan (niche) kluster yang paling utama bagi Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah ialah Pembangunan dan Penyelidikan (R & D) atau lebih dikenali sebagai k-Teroka. Melalui kebitaraan R &D, pelajar digalakkan untuk menceburi bidang penyelidikan sebagai persedian sebelum mereka melangkah ke insitusi pendidikan yang lebih tinggi. Ini juga bertujuan untuk melahirkan lebih ramai lagi penyelidik dinegara ini. Bagi membolehkan sesuatu penyelidikan dijalankan, pelajar perlu mempunyai idea berkaiatan bidang yang ini diselidiki. mantap Sehubungan dengan itu, satu bengkel bertajuk ”Brainstorming Project” akan diadakan untuk membuka minda pelajar bagi mendapatkan idea-idea bernas untuk memulan penyelidikan.
Bengkel ini diadakan untuk membantu pelajar memperolehi idea bagi menjalankan sesuatu penyelidikan terutama sekali yang melibatkan kehidupan seharian mereka. Melalui sessi brainstorming , adalah diharapkan agar satu senarai pelbagai bentuk penyelidikan dapat dihasilkan dan seterusnya dilaksanakan terutama sekali pada tahun-tahun berikut.
TEMPAT PROGRAM

Dewan Sultan Muzaffar, Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka dan Sanggar Muzaffar
TARIKH PERLAKSANAAN

23 Januari 2010
TEMPOH MASA

4 jam (8:30 – 12:30 pagi)

TENAGA PENGAJAR

Encik Khairuddin Bin Osman
Pensyarah
Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

En.Tan Kim See
Pensyarah
Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer
Universiti Teknikal Malaysia Melaka


SENARAI JAWATANKUASA

Setiauasaha : Pn.Suriyati Bte Yusoff
AJK: Cik Hjh.Rokiah Bte Othman
Cik Norazlina Bte Senin
Pn.Hanita Bte Rahim
Pn.Manisah Bte Sulaiman
Pn.Hafizah Bte Zainal Abidin
Encik Ismail Bin Mohamad
Encik Lee Hong Chin
Encik Shahril Sardi Bin Saari
Ustaz Al-Azhar Bin Abdul Aziz
En.Abdul Jalil Bin Mayasin
En.Ahmad Rizal Bin Abdu Aziz
En.Firdaus Bin Madon

LATIHAN AMALI BIOTEKNOLOGI

















Latihan Amali Bioteknologi ini diadakan dengan kerjasama Pusat Bioteknologi Melaka. Ianya merupakan satu langkah untuk memupuk minat dalam menjalankan penyelidikan berkaitan Bioteknologi kalangan pelajar dan turut merupakan kesinambungan kepada pengklusteran R&D sekolah. Disamping itu, melalui aktiviti ”hands-on” begini, diharapkan pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam topik berkaitan Bioteknologi yang dipelajar dalam matapelajaran Biologi .

Tarikh Program :

13, 14, 15 dan 16 March 2009

Nama pelajar.

Diana George A/P Ekambaran
4B
Thulaja Thessa A/P K. Vasudheran
4B
Girininashini Gayathi Komaran
4B
NurHamizah Bte Lamry
4A
Fairuza Syahira Bte Amran
4A
Dahlia Bte Johari
4B
Nurul Atiqah Bte Alias
4A
Faqrul Fithri Bin Mohd Nasrudin
4A
Ahmad Rahimi Bin Khairul Saleh
4A
Mohd Nadiyy Bin Mohd Rafee
4S
Douglas Hansen Bin Telaisai
4S
Dania Hazirah Bte Mohd Hatta
4B
Fatin Najwa Bte Hafizan
4B
Muhammad Fathi Bin Mohd Azmi
4B
Muhammad Azfar Bin Adam
4B
Alyya Syahirah Bte Roszelan
4A
Nurl Adha Bte Khamis
4A
Nur Syafiqah Bte Md Salleh
4A
Nabilah Bte Zainuddin
4A
Amira Bte Azhar
4A
Adlina Bte AB. Rahim
2 A
Aishyah Humairaq Bte Mohd Zairi
2A
Adibah Bte Hussin
2A
Mohamad Adib Bin Mohd Adam
2A
Ahmad Naim Bin Hanapi
2A
Noorul Amirah Bte Abd Zalil
2B
Nur Diyana Bte Johan
1S
Nurhazikah Kalida Bte Noorsir
1S

Senarai jawatankuasa

(a) Pn. Norhayati Bt Mohd Nor – penyelaras program
(b) Pn. Erney Watie Bt Zailani
(c) Pn. Suriyati Bt Yusoff