Thursday, March 4, 2010

BENGKEL PENULISAN JURNAL k-TEROKA

Kebitaraan (niche) kluster yang paling utama bagi Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah ialah Pembangunan dan Penyelidikan (R & D) atau lebih dikenali sebagai k-Teroka. Melalui kebitaraan R &D, pelajar digalakkan untuk menceburi bidang penyelidikan terutama berkaitan Sains. Selain daripada meneroka ilmu sains dengan lebih mendalam melalui penyelidikan yang dijalankan, mereka juga perlu didedahkan kepada bidang penulisan untuk membantu mereka menghasilkan mini tesis atau jurnal berkaitan penyelidikan yang telah dijalankan. Oleh itu, kursus penulisan yang komprehensif perlu didedahkan kepada semua pelajar agar mereka mempunyai pengetahuan tentang kaedah penulisan yang sistematik.


1. LATAR BELAKANG


Bengkel ini diadakan untuk mendedahkan guru dan pelajar kepada kaedah penulisan dan penerbitan journal Sains. Semua pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada menulis yang dilaksanakan dalam semua mata pelajaran di sekolah tetapi mereka tidak memperoleh daripada individu yang mempunyai kemahiran dan profesionalisme dalam bidang penulisan jurnal yang sebenar. Oleh itu, maklumat daripada individu yang “hands-on” dalam bidang ini akan membolehkan pelajar mendalami bidang penulisan dan mengetahui kaedah atau methodologi penulisan ilmiah.


2. OBJEKTIF


(a) Mendedahkan pelajar kepada cara penulisan yang sistematik.
(b) Mendedahkan pelajar kepada cara penerbitan journal .
(c) Menanam minat suka menulis kepada pelajar supaya dapat mendokumentasikan semua bahan kajian dan penyelidikan mereka daripada masa ke masa.

3. TEMPAT PROGRAM

Bilik APD Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka


4. KUMPULAN SASARAN

3 orang guru

43 orang pelajar


5. TARIKH PERLAKSANAAN

10 Oktober 2009
6. TEMPOH MASA

2 jam 30 minit (8:00 – 10:30 malam)


7. TENAGA PENGAJAR

Prof Madya Dr. Hanipah Hussin, Penyelaras Penyelidikan dan Perundingan, Pusat
Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (Utem)


8. PERLAKSANAAN

Pelajar akan didedahkan kepada cara penulisan abstrak. Kemudian, meraka akan diberi penerangan cara –cara penulisan setiap bahagian utama sesebuah

No comments:

Post a Comment