Thursday, March 4, 2010

LAWATAN KE PECIPTA (PERSIDANGAN DAN EKSPO CIPTAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ANTARABANGSA)


LAWATAN KE PECIPTA (PERSIDANGAN DAN EKSPO CIPTAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ANTARABANGSA)
DI PUSAT PERSIDANGAN KUALA LUMPUR


1. Latar belakang program

PECIPTA (PERSIDANGAN DAN EKSPO CIPTAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ANTARABANGSA) 2009 adalah merupakan satu program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universti Malaya. Program ini diadakan dengan tujuan untuk mempamerkan produk serta inovasi yang telah dihasilkan melalui penyelidikan oleh Institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.


2. Objektif program

Memberi peluang kepada pelajar-pelajar menyaksikan hasil-hasil penyelidikan
yang bermutu tinggi daripada institusi-institusi pengajian tinggi.
Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah keunikan sains dan teknologi
Memberi peluang kepada pelajar-pelajar berinteraksi secara langsung dengan para penyelidik dari pelbagai bidang
Membantu pelajar menjana idea tentang penyelidikan yang boleh mereka jalankan diperingkat sekolah.
Menghasilkan satu penyelidikan yang bermutu tinggi dengan kerjasama salah sebuah institusi pengajian tinggi yang boleh dipertandingkan di peringkat kebangsaan


3. Rasional / justifikasi program

1. Menanam minat untuk menjalankan penyelidikan terutama berkaitan bidang Sains
2. Membantu pelajar mempelajari cara-cara untuk menerangkan sesuatu penyelidikan kepada umum.
3. Membe kesedaran kepada pelajar bahawa pelbagai bentuk penyelidikan boleh dijalankan , tidak terhad kepad apa yang dipelajari di sekolah sahaja



4. Tarikh Program :

08 Oktober 2009




5. Tempat program :

Pusat Persidangan Kuala Lumpur



6. Senarai guru pengiring

(a) Cik Norazlina Bte Senin – Ketua rombongan
(b) Pn. Norhayati Mohd Nor
(c) Cik Siti Munera Haron


7. Senarai Peserta

Rujuk lampiran


8. Jadual program / aktiviti

8.15 pagi : Bertolak daripada sekolah
9:45 pagi : Berhenti rehat di R & R Seremban
11:00 pagi : Lawatan ke tapak pameran
3:00 tengahari : Acara bebas
5:30 petang : Bertolak pulang ke sekolah
6:45 petang : Berhenti rehat dan solat di R & R Seremban
8:35 malam : Sampai di sekolah



9. Kos / Peruntukan

1. Sewa bas - RM900


10. Pelaksanaan program

1. Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada 18 kumpulan
2. Setiap kumpulan diminta untuk memilih satu hasil penyelidikan yang berjaya menarik minat mereka.
3. Setiap kumpulan menulis laoran berkenaan hasil penyelidikan yang dipilih menggunakan format laporan yang diberi (rujuk lampiran)
4. Laporan yang lengkap diserahkan kepada Cik Norazlina Bte Senin.
5. Perbincangan dijalankan untuk memilih hasil penyelidikan yang boleh di modifikasikan agar bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar dan seterusnya dilaksanakan diperingkat sekolah.







11. Refleksi/impak keseluruhan program

Pelajar-pelajar mendapat banyak manafaat dan idea berkaitan bidang penyelidikan daripada program lawatan ini .

No comments:

Post a Comment