Thursday, March 4, 2010

Bengkel pemasangan LED




LED display merupakan satu media pengiklanan yang semakin popular dan diminati oleh golongan pengiklan yang meliputi syarikat-syarikat dan agensi –agensi kerajaan. LED display adalah singkatan kepada Low Circuit Electronic Display di mana ia merupakan perisian model elektronik yang mampu memaparkan pengumuman dan pelbagai perkara yang ingin dimaklumkan kepada pengguna yang melihat papan kenyataan media elektronik yang disediakan.
1. OBJEKTIF PROGRAM
( i ) Memberi pengenalan teknologi LED kepada para pelajar terpilih.
(ii ) Memperkenalkan methodologi R & D bagi teknologi media elektronik.
(iii) Memberi pengenalan asas elektronik dan kemediaan paparan.
(iv) Dapat menghasilkan produk naik taraf dari R & D yang dijalankan.

2. Rasional / Justifikasi Program

Projek LED display Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah adalah kesinambungan kepada pengklusteran sekolah di bawah bidang K-Teroka. Projek ini bertujuan untuk menghasilkan inovasi dan rekacipta di bawah penjenamaan iMozac bagi melatih dan mendidik para pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah agar menjadi pelajar yang kreatif dan kritis di dalam membangunkan kesinambungan ciptaan baru atau menaik taraf sesuatu peralatan teknologi.
4. TARIKH PROGRAM
14 & 15 November 2009
(8.30 – 12.30 tgh)

5. Tempat Program :

Makmal Fizik

6. Senarai Jawatankuasa

Setiausaha : Pn. Hamidah Bt Hassan
AJK : Pn. Suriyati Bt Yusof
CIK Hajah Rokiah BT Othman
Cik Ho Phuay Sin
Cik Emy Mastura Binti Zulkifli
En. Al-Azhar Bin Dollah

Pelaksanaan Program

(a) Program dilaksanakan secara hands-on aktiviti.
(b) Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan.

Keputusan / Pencapaian

Hari pertama bengkel dijalankan tidak berjalan lancar kerana peralatan yang sepatutnya digunakan tidak dapat diadakan kerana kesilapan pihak Ramadhan Consultant. Peralatan tahun lalu yang terdapat di makmal fizik diguna semula tetapi komponennya tidak bersesuaian menyebabkan kebanyakkan litar tidak berjaya dihidupkan.

Hari kedua bengkel yang dijadualkan pada 15 November 2009 ditangguhkan ke hari Selasa 17 November 2009 kerana masalah peralatan yang disebutkan diatas. Pada hari kedua bengkel hanya 3 set LED display yang diberikan kepada peserta menyebabkan kumpulan perbengkelan terpaksa bergabung menyebabkan aktiviti hands on kurang menarik ditambah pula dengan ketiadaan laptop untuk membuat rujukan kepada manual LED display berbentuk CD. Pelajar terpaksa menggunakan kaedah cuba jaya untuk setting LED display.

Refleksi / Impak Keseluruhan Program

Pelajar mempertikaikan kaitan antara teori logic gate yang dipelajari dengan membuat setting pada LED display yang menggunakan remote sahaja. Pelajar kurang memahami teorinya tetapi menunjukkan minat dalam hands on bahan elektronik..

No comments:

Post a Comment