Thursday, March 4, 2010

PERTANDINGAN PERSEMBAHAN SAINS (HANDS-ON ACTIVITY)

PERTANDINGAN PERSEMBAHAN SAINS (HANDS-ON ACTIVITY)


1. Latar belakang program

Matlamat utama pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap pelbagai konsep sains dan teknologi. Pertandingan ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 4. Ianya merupakan persembahan eksperimen yang mudah dan berbentuk interaktif.


2. Objektif program

Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah keunikan sains dan teknologi
Memberi kesedaran terutama kepada generasi muda tentang sains dan teknologi dan cara paling berkesan menyampaikan sesuatu konsep sains dan teknologi kepada awam.
Memilih pasukan sekolah untuk Pertandingan Persembahan Sains anjuran Petrosains peringkat negeri yang akan diadakan pada 3 /8 / 2009.


3. Rasional / justifikasi program

1. Memberi peluang kepada pelajar berinteraksi dalam mempersembahkan eksperimen mereka.
2. Menanam sifat keyakinan yang tinggi dalam berhadapan dengan orang ramai terutama sekali sewaktu persembahan.
3. Membantu pelajar menghubungkaitkan apa yang dipelajari secara teori dalam bentuk amali
4. Memberi peluang kepada pelajar berfikiran kreatif dan kritis



5. Tarikh Program :

23 June 2009




5. Tempat program :

Dewan Besar Sekolah



6. Senarai jawatankuasa

(a) Cik Ho Phuay Sin – penyelaras program
(b) En. Ismail b Mohamad
(c) Pn. Suriyati Bt Yusoff
(d) Cik Hjh Rokiah Hj Othman
(e) Pn. Norhayati Mohd Nor


7. Senarai Peserta

Rujuk lampiran


8. Jadual program / aktiviti

3.15 : Pendaftaran
3.30 : Persembahan pelajar daripada setiap kumpulan.
5.00 : Program tamat


9. Pelaksanaan program

1. Setiap kelas perlu menghantar sekurang kurangnya satu kumpulan yang terdiri daripada 3 orang pelajar.
2. Setiap kumpulan mempersembahkan satu eksperimen sains dalam masa 20 minit dalam bahasa Inggeris.
3. Pelajar yang terlibat perlu menyediakan skrip dan diserahkan kepada guru penilai semasa hari pertandingan
4. Para penonton di beri peluang mengambil bahagian secara aktif semasa satu-satu eksperimen dijalankan.
5. Penilaian dijalankan oleh dua orang guru.
6. Persembahan pelajar telah dinilai melalui beberapa aspek seperti:-

a) Penggunaan suara dan pergerakan tubuh badan yang berkesan
b) Pengguanaan unsur-unsur kecindanan
c) Bekerjasama baik dengan penonton
d) Berpengetahuan dan mampu mempersembahkan eksperimen dengan cara yang menarik
e) Sentiasa membuatkan penonton tertanya-tanya akan keputusan eksperimen
f) Membuat persediaan yang rapi
g) Penggunaan alatan dengan berkesan
h) Berpakaian kemas







6. Kriteria pemarkahan:-

Criteria

Marks
Script
10
Performance
25
Fluency & Delivery of Language
15
Science Concept
40
Props & Special Effects
10
OVERALL MARK
100










10. Keputusan

Tempat ke 3: Omega Rockets 4 Omega
1. Irshad Abdul Aziz
2. Muhammad Naqiuddin B Kassim
3. Mohamad Alif Abdul Mutalib

Tempat ke 2 : Science Magicians 4 Beta
1. Diana George
2. Thulaja Thessa
3. Girinivaskini Gayathi

Johan : Sigma 4 sigma
1. Muhamad Ridzwan Bin Salehudin
2. A. Amudhan a/l Arumugam
3. Hannan Athari Bin Hassan

Peserta terbaik ialah Mohd Syarafi Zulkiflee –tingkatan 4 Teta


11. Refleksi/impak keseluruhan program

Peserta membuat persediaan eksperimen dengan begitu baik dan memberikan persembahan yang terbaik semasa pertandingan. Pelajar yang lain bertindak sebagai penonton yang banyak memberikan respons yang positif terhadap persembahan rakan mereka.

No comments:

Post a Comment