Thursday, March 4, 2010

BENGKEL DAN AMALI PEMULIHARAAN TANAH











BENGKEL DAN AMALI PEMULIHARAAN TANAH


1. Latar belakang program

Bengkel ini diadakan untuk mendedahkan guru dan pelajar kepada kaedah yang berkesan dalam membantu pemuliharaan tanah melalui penggunaan kompos untuk menghasilkan tanaman yang bermutu tinggi . Ini adalah untuk membolehkan aktiviti bumi hijau serta penanaman tumbuhan herba diperingkat sekolah dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih berkesan. Selain daripada itu, sesi praktikal yang diadakan akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari dalam matapelajaran kemahiran hidup.


2. Objektif Program

a. Mendedahkan pelajar kepada apa itu kompos dan kegunaanya
b. Mendedahkan pelajar ciri-ciri kompos yang berkualiti
c. Mendedahkan pelajar berkenaan EM dan kegunaannya dalam penghasilan kompos
d. Menjalankan sesi praktikal dalam menghasilkan kompos



3. Rasional / justifikasi program

Salah satu cabang Sains yang perlu didedahkan kepada pelajar ialah bidang pertanian untuk membolehkan pelajar mempunyai skop yang lebih luas dalam menjalankan kajian Sains mereka. Sehubungan dengan itu, satu bengkel berkaitan kaedah pemulliharaan tanah akan diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar berkaitan pertanian sebelum mereka bergerak lebih jauh dalam bidang ini.


4. Tarikh Program :

7 November 2009


5. Tempat program :

Bilik APD Sek. Men. Sains Muzaffar Syah, Ayer Keroh.






6. Senarai jawatankuasa

SENARAI JAWATANKUASA

Setiauasaha : Pn.Norhayati Bte Mohamed Nor
AJK: Cik Rachel Easaw
Pn.Hamidah Bte Hassan
Pn.Zulindawati Bte Mohd Jais
Pn. Lee Chay Yin
Pn.Norsina Suria Bte Mohd Nazar
En.Jelani Bin Marjono
En.Muhammad Bin Md Sood
En.Bistamam Bin Talib
En.Sazali Bin Rohani
En.Sulaiman Bin Adan



7. Senarai guru/jurulatih

Encik Lye Kuey Chye , Unit Hortikultur, Jabatan Pertanian Melaka

No comments:

Post a Comment