Thursday, March 4, 2010

PROGRAM EXPLORACE SCIENCE 2008







1. Latar Belakang Program
Science Explorace’ ialah satu aktiviti di mana pelajar berlumba menyelesaikan satu tugasan ke tugasan yang lain. Ada 10 aktiviti atau tugasan yang perlu anda selesaikan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap ’R & D’ subjek sains dan matematik.

2. Objektif program
(a) Melukis dan melabel rajah secara saintifik
(b) Kaedah membuat nota sains dengan mudah secara Peta Minda
(c) Mengumpulkan maklumat dan mendokumentasikan dalam bentuk yang sesuai untuk dipamerkan di papan kenyataan panitia sains dan matematik
(d) Memahami konsep fizik dalam pelancaran roket, membina roket kertas dan telur kebal.
(e) Menyelesaikan masalah matematik
(f) Melakukan eksperimen mudah
(g) Menggunakan pengurusan strategik dan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah tugasan sepanjang aktiviti.
(h) Mengasah bakat dalam bidang menulis lirik sains dan puisi sains

3. Rasional / Justifikasi Program
Kebanyakan pelajar merasa bosan dengan sains yang diajar di dalam makmal. Jadi program explorace science ini bertujuan untuk menjadikan sains satu subjek yang sangat menarik dengan penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti yang lain daripada apa yang dipelajari di makmal.

4. Tarikh Program
15 Julai – 14 Ogos 2008

5. Tempat Program
Sekitar kawasan sekolah

No comments:

Post a Comment